FAQ Staff Discipline
Tindakan Tatatertib
Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pekerja yang telah bersara wajib, atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan?
Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pekerja yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan awam?
Apakah tindakan yang sesuai diambil terhadap pekerja dalam percubaan yang melakukan kesalahan tatatertib kerana tindakan melalui proses tatatertib akan mengambil masa yang lama?
- Dari segi peraturan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh diambil terhadap pekerja dalam percubaan, terutama jika mereka telah melakukan kesalahan yang serius.
- Pilihan lain ialah Ketua Jabatan memperakukan kepada Universiti supaya pekerja tidak disahkan dalam perkhidmatan. Berdasarkan perakuan itu, Universiti boleh menamatkan perkhidmatan mereka.
- Pekerja dalam percubaan sepatutnya lebih berdisiplin dan mengelak diri daripada melakukan kesalahan tatatertib. Tujuan tempoh percubaan ialah untuk memberi peluang kepada pekerja membuktikan kesesuaian dan kebolehan mereka sebagai pekerja Universit. Oleh itu Ketua Jabatan perlu lebih tegas mengendalikan kes salah laku mereka.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pekerja memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta?
Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pekerja kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika Ketua Jabatan bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pekerja bolehlah diluluskan cuti sakit.
Pada tarikh pekerja disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital. Jika dapat dibuktikan pekerja tersebut memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka Ketua Jabatan boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.
Dengan tindakan di atas Ketua Jabatan tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pekerja. sebaliknya Ketua Jabatan hanya mempersoalkan integriti pekerja terbabit.
Jika Urusetia Tatatertib mendapati terdapat kesilapan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap seseorang pekerja, bilakah sepatutnya Urusetia Tataterib boleh membuat proses semula berhubung dengan tindakan tatatertib berkenaan?
Jika surat pertuduhan belum dikeluarkan kepada tertuduh, kesalahan/pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh boleh dibuat semula. Sebaliknya jika surat pertuduhan telah dikeluarkan kepada tertuduh, maka Urusetia perlu membatalkan prosiding tindakan tatatertib dan bukannya membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.
Urusetia perlu menyemak segala dokumen, peraturan yang digunapakai sebelum laporan pelanggaran tatatertib dihantar kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi memastikan prosedur tindakan tatatertib dilaksanakan dengan teratur.
Pertuduhan yang dikenakan terhadap pekerja kabur / tidak jelas sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan / atau melemahkan peluang Universiti untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah. Untuk itu, bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Adakah ‘oral hearing’ dibenarkan dalam perbicaraan kes tatatertib?
Bolehkah Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pekerja sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pekerja belum tamat 21 hari?
Tidak Hadir Bertugas
Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pekerja yang telah ditangkap / ditahan oleh pihak Polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki melakukan jenayah.?
Bagaimana menguruskan masalah pekerja yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tidak konsisten iaitu kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?
Berapakah tempoh yang boleh dianggap Tidak Hadir Bertugas?
Apakah kesan kepada pekerja yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan tindakan tatatertib?
Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada pekerja terbabit kerana tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang.
Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pekerja bawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan-Peraturan dalam Akta 605.
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Tidak hadir bertugas secara berterusan’?
Pekerja hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pekerja dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?
Penyalahgunaan Dadah
Bolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pekerja yang diketahui menagih dadah?
- Jika pekerja telah menagih dadah sebelum dilantik tetapi tidak diisytiharkan dalam sumpah berkanunnya, pekerja boleh dituduh membuat sumpah palsu. Jika pelantikan mereka belum disahkan, pelantikan itu boleh dibatalkan.
- Jika pelantikan pekerja telah disahkan, Ketua Jabatan boleh perakukan supaya pekerja tidak disahkan dalam perkhidmatan dan seterusnya perkhidmatan beliau ditamatkan.
- Jika pekerja telah disahkan dalam perkhidmatan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja atau ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam boleh dipertimbangkan.
Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pekerja dikategorikan sebagai mengambil/menyalahgunakan dadah sehingga dikenakan tindakan tatatertib buang kerja?
Keterhutangan Kewangan yang Serius