Ikrar Integriti Korporat Warga Kerja Universiti Sains Malaysia
Bahawasanya kami , seluruh warga kerja Universiti Sains Malaysia berikrar ;
- Tidak akan , samada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen , melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang , termasuk tetapi tidak terhad kepada , Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan.
- Tidak akan menjalankan apa-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja , wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah.
- Akan bersama-sama dengan pelanggan , rakan kongsi perniagaan , agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah.
- Akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan , rakan kongsi perniagaan dan agensi Kerajaan ; dan
- Akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej Universiti.