Fungsi Unit

Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :

Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; dan
  • Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR), peringkat Universiti

Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
  • Memastikan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan
  • Memastikan kod etika Universiti dipatuhi

Pengesanan dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran  tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

Pematuhan

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Universiti

Tatatertib

  • Menjadi urusetia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Staf

 

 

Print