Fungsi Unit
Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :
Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; dan
- Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR), peringkat Universiti
Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
- Memastikan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan
- Memastikan kod etika Universiti dipatuhi
Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Universiti
Tatatertib
- Menjadi urusetia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Staf