• Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Universiti Sains Malaysia. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :

    1) Tadbir Urus 

    a) Memastikan tadbir urus Universiti yang terbaik dilaksanakan; dan 
    b) Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR), peringkat Universiti.

    2) Pengukuhan Integriti

    a) Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Universiti;
    b) Memastikan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan 
    c) Memastikan kod etika Universiti dipatuhi.

    3) Pengesanan dan Pengesahan 

    a) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran  tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan 
    b) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; dan
    c) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

    4) Pengurusan Aduan 

    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; 

    5) Pematuhan 

    a) Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan 
    b) Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Universiti.

    6) Tatatertib 

    Menjadi urusetia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Staf.

  •  

     

     CARTA INTEGRITI 2

     

Legal Office

Aras 2, Bangunan E42, Canselori II,
11800 USM, Universiti Sains Malaysia.
Pulau Pinang

Tel: +604-653 6606 | Fax: +604-653 6597
Email:
 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Visitor

Flag Counter

All Rights Reserved © USM 2023