Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Universiti Sains Malaysia. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :
1) Tadbir Urus
a) Memastikan tadbir urus Universiti yang terbaik dilaksanakan; dan
b) Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR), peringkat Universiti.
2) Pengukuhan Integriti
a) Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Universiti;
b) Memastikan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan
c) Memastikan kod etika Universiti dipatuhi.
3) Pengesanan dan Pengesahan
a) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
b) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; dan
c) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
4) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
5) Pematuhan
a) Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
b) Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Universiti.
6) Tatatertib
Menjadi urusetia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Staf.
Aras 2, Bangunan E42, Canselori II,
11800 USM, Universiti Sains Malaysia.
Pulau Pinang
Tel: +604-653 6606 | Fax: +604-653 6597
Email:
Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.